Home Dunia Semakin sukar penjawat awam Arab Saudi dapat cuti sakit

Semakin sukar penjawat awam Arab Saudi dapat cuti sakit

JEDDAH – Kementerian Perkhidmatan Awam telah mengumumkan peraturan baru untuk mendapatkan cuti sakit untuk pekerja sektor awam.

Peraturan baru itu bertujuan untuk memastikan hanya pekerja yang memerlukan akan mendapat cuti sakit.

Seorang pekerja akan mendapat hanya satu hari jika dokumen cuti sakit ditandatangani oleh seorang doktor di sebuah pusat kesihatan yang dibenarkan.

Untuk mendapatkan cuti sakit selama tiga hari, kakitangan perlu mendapatkan surat cuti sakit daripada hospital.

Cuti sakit selama empat hari pula perlu ditandatangani oleh dua orang doktor termasuk seorang perunding perubatan.

Untuk cuti lebih daripada empat hari, pesakit perlu mendapatkan surat cuti sakit yang ditandatangani oleh dua orang doktor dan seorang perunding

Manakala cuti sakit lebih daripada 30 hari, kakitangan perlu diperiksa oleh empat agensi kerajaan.

Timbalan Menteri Perkhidmatan Awam Perancangan dan Pembangunan, Obaid Al-Sanaa berkata, tujuannya peraturan itu untuk mengawal ketat cuti sakit.

Peraturan baru tidak terpakai kepada pekerja sektor swasta, menurut jurucakap Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial, Khaled Aba Al-Khail. – MalaysiaGazette