KUALA LUMPUR – Pelakon Fathia Latiff dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan berkaitan salah guna akaun media sosial.
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, disyaki telah menyalahi seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
“Saya mahu semua orang tahu apa yang telah mereka lakukan kepada saya. Saya sudah padam Twitter yang lama tidak kemas kini,” tulisnya di Instagram miliknya.
Fathia sebelum ini lantang memberi pandangan peribadinya di media sosial yang menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen.
Pelakon ini juga sering mencetuskan kontroversi melalui posting yang dimuat naiknya di laman sosial yang menjadi perhatian masyarakat. – MalaysiaGazette