PANMUNJOM/GOYANG, Korea Selatan – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un memulakan mesyuarat bersejarah pagi ini dengan berjabat tangan di sempadan kedua-dua negara yang dikawal ketat.
Jae-in tiba lebih awal di kawasan keselamatan bersama di Panmunjom yang teletak dalam Zon Bebas Tentera (DMZ).
Jong-un tiba sejurus selapas itu setelah muncul di Panmunjom yang terletak di kawasan Korea Utara, lapor Yonhap.
Kedua-dua pemimpin berjabat tangan ketika masih berdiri di kawasan sempadan masing-masing dengan garisan konkrit selebar 0.3 meter sebagai penanda.
Apa yang mengejutkan mereka yang hadir ialah Jong-un mempelawa Jae-inĀ menyeberangi sempadan ke kawasan Korea Utara.
Pemimpin Korea Selatan yang menerima pelawaan itu dengan senyuman menyeberangi dan menyeberangi sempadan sebentarĀ sebelum mereka masuk ke kawasan Korea Selatan.
Dengan menyeberangi sempadan, Jong-un merupakan pemimpin Korea Utara yang pertama memasuki bumi Korea Selatan sejak tamat perang Korea pada 1950 hingga 1953. Sidang kemucak kedua-dua negara Korea itu meruapakan yang ketiga dianjurkan dan ia adalah penganjuran sulung Korea Selatan.
Kedua-dua pemimpin berjalan bersama-sama menuju ke kawasan perbarisan hormat tentera Korea Selatan, protokol diplomatik yang selalunya diberikan kepada pemimpin asing yang melawat negara itu, kata pegawai Pejabat Presiden, Cheong Wa Dae.
Jong-un sekali lagi mengejutkan penonton televisyen yang mengikuti acara itu yang kelihatan encadangkan secara spontan untuk mengambil gambar berkumpulan dengan Jae-in dan para delegasi, termasuk ketua dari Korea Utara, Kim Yong-nam dan lapan pegawai Korea Utara lain.
Jong-un menandatangani buku pelawat di Peace House, lokasi sidang kemuncak antara kedua-dua negara di DMZ, Korea Selatan.
“Selepas ini sejarah baharu permulaan sejarah era perdamaian,” tulis beliau.
Perbincangan antara pegawai Jae-in dan Jong-un bermula pukul 10.15 pagi, 15 minit lebih awal daripada jadual asal.
Berikutan mesyuarat pertama itu, kedua-dua pemimpin akan berehat sebentar dan makan tengahari secara berasingan, dengan Jong-un akan pulang ke negaranya.
Pemimpin Korea Utara itu akan menyeberang sempadan sekali lagi pada hari ini untuk menghadiri pelbagai acara yang bertujuan mempromosikan hubungan, seperti ‘friendship walk’. – Agensi