Home Dunia Keluarga penuntut AS saman Pyongyang

Keluarga penuntut AS saman Pyongyang

Otto Warmbier

WASHINGTON – Keluarga penuntut Amerika Syarikat yang mati ketika ditahan di penjara Korea Utara mengemukakan saman terhadap Pyongyang.

Otto Warmbier ditahan pada Janurari 2016 kerana didakwa mencuri papan tanda propaganda negara itu.

Bagaimanapun, Korea Utara menafikan Warmbier telah diapa-apakan sepanjang berada dalam tahanan namun ibu bapa mangsa mendakwa kematian anak lelaki mereka pada tahun lalu disebabkan didera.

Saman itu dikemukakan ketika Pyongyang dan Washington dijangka mengadakan pertemuan tidak lama lagi.

Saman itu telah difailkan di Mahkamah Persekutuan di Washington DC.

Ibu bapa Warmbier menuntut ganti rugi atas apa yang mereka gambarkan sebagai “tebusan pengambilan, penahanan haram, penyeksaan dan membunuh” terhadap anak mereka.

Mereka mendakwa, Warmbier dipaksa membuat pengakuan palsu sebelum “disiksa dan dibunuh secara kejam”.

Walaupun negara asing biasanya dilindungi dari tuntutan undang-undang di Mahkamah Amerika Syarikat dengan imuniti yang berdaulat, tetapi tidak terpakai dalam kes-kes keganasan yang ditaja negara.

Warmbier, seorang pelajar ekonomi di Universiti Virginia, melawat Korea Utara selama lima hari ketika dia ditangkap di lapangan terbang Pyongyang pada Januari 2016.

Dia didakwa mencuri papan tanda dari sebuah hotel yang menjadi tempat penginapannya sepanjang berada di negara tersebut.

Warmbier dikenakan hukuman buruh selama 15 tahun tetapi selepas 17 bulan dipenjarakan, mangsa dihantar pulang ke Amerika Syarikat dengan mengalami kerosakan otak. – MalaysiaGazette