Home Politik Azmin tidak akan mengaku kalah dengan Azwan

Azmin tidak akan mengaku kalah dengan Azwan

Diva Azwan Ali
Azwan Ali

GOMBAK – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan mengaku kalah dengan adiknya yang turut bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Azmin berkata, beliau terbuka untuk bertanding dengan sesiapa sahaja menerusi proses demokrasi.

“Saya telah tegaskan ini adalah proses demokrasi, sesiapa boleh menawarkan diri untuk bertanding, kita harus akur dengan keputusan rakyat, kuasa di tangan mereka. Jangan remehkan pendirian rakyat.

“Kita sebuah negara demokrasi kalau saudara mahu bertanding pun saya tidak mahu mengaku kalah,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon selesai di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu sebentar tadi.

Tambahnya lagi, rakyat sudah tentu tidak mahu ahli politik yang memaki-hamun sebagai wakil rakyat.

“Rakyat tolak politik maki-hamun dan terima politik nilai benar dalam pilihan raya yang lalu,” tambah calon Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa itu. -MalaysiaGazette