Home Ekonomi Bimbang OPEC gagal patuh had pengeluaran, harga minyak kembali susut

Bimbang OPEC gagal patuh had pengeluaran, harga minyak kembali susut

SINGAPURA – Harga minyak susut berikutan kebimbangan OPEC tidak akan dapat mengekalkan pematuhan pengurangan pengeluaran yang tinggi bagi mengekang lebihan bekalan bahan api global.

Niaga hadapan Brent diniagakan pada AS$55.80 setong pada 0115 GMT, turun AS$0.17 berbanding harga penutup.

West Texas Intermediate (WTI) pula turun AS$0.20 sen kepada AS$53 setong.

OPEC dan pengeluar lain termasuk Rusia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran hampir 1.8 juta tong pada separuh pertama 2017.

BMI Research berkata, berdasarkan pematuhan pengiraan sebanyak 92.8 peratus oleh OPEC dengan pengurangan pengeluaran yang dirancang, pengeluaran menurun 1.08 juta tong sehari daripada yang dipersetujui pada peringkat rujukan.

Tetapi ia memberi amaran kadar pematuhan yang lebih rendah daripada 40 peratus oleh Iraq, pengeluar kedua terbesar OPEC, “boleh menimbulkan masalah” memandangkan ahli-ahli pengeluar lain perlu mencapai sasaran lebih tinggi bagi memenuhi sasaran keseluruhan sebanyak 1.2 juta tong sehari pada separuh pertama 2017.

Beberapa peniaga berkata, penyelenggaraan medan minyak di seluruh Timur Tengah mungkin membantu OPEC itu mencapai pengurangan pengeluaran.

Namun secara keseluruhan, penganalisis berkata, pasaran minyak terus mendapat bekalan yang mencukupi disebabkan oleh kenaikan 6.5 peratus dalam pengeluaran minyak Amerika Syarikat S sejak pertengahan 2016-8.98 juta tong sehari. – MalaysiaGazette