Home Utama Lynas: Tiada isu, sisa jadi bahan binaan bangunan – Andrew

Lynas: Tiada isu, sisa jadi bahan binaan bangunan – Andrew

Calon Barisan Nasional untk kerusi Parlimen Kuantan, Datuk Andrew Wong bercakap pada sidang media Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Parlimen Kuantan sempena kempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Mega View Hotel, Kuantan, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2018.
Calon Barisan Nasional untk kerusi Parlimen Kuantan, Datuk Andrew Wong bercakap pada sidang media Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Parlimen Kuantan sempena kempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Mega View Hotel, Kuantan, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 30 APRIL 2018.

KUANTAN – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuantan menempelak penyandang Parlimen itu yang tidak memiliki fakta apabila cuba mengitar semula isu Lynas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Datuk Andrew Wong berkata, Fuziah Salleh perlu sedar kilang Lynas di Gebeng itu sudah operasi sejak tujuh tahun menerusi pemantauan agensi kerajaan bagi memastikan ia mematuhi undang-undang dan mengikuti standard operasi yang selamat.

Beliau turut hairan pihak pembangkang sampai sekarang tidak menunjukkan bukti kilang itu tidak selamat, sebaliknya membangkitkan pula isu tapak kekal pelupusan pembuangan sisa radio aktif.

“Saya diberitahu bahan sisa itu sedang diproses untuk dijadikan bahan binaan bangunan. Jadi pada masa ini, kerajaan sentiasa memantau jika ada sisa yang telah diproses menjadi bahan pembinaan mesti selamat dan patuhi undang-undang.

“Saya tidak tahu pembangkang hendak pusing apa lagi kerana isu ini sudah sudah lama walaupun sebelum ini mereka mendakwa ikan akan ada dua kepala dalam laut kesan bahan radio aktif.

“Sekarang sudah terbukti semua selamat dan lebih baik kita tumpu untuk maju ekonomi Kuantan dengan menyediakan peluang pekerjaan gaji tinggi untuk anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Manifesto BN Kuantan di sini semalam.

Beliau diminta menjawab dakwaan Fuziah mengenai isu Lynas yang belum selesai kerana terdapat janji yang belum ditunaikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Janji itu melibatkan tapak kekal pembuangan sisa radio aktif dan penghantaran sisa itu ke Australia.

Mengulas janji penghantaran sisa itu, Andrew berkata, sisa pembuangan radio aktif itu kini menjadi bahan binaan bangunan dan tidak perlu menjadi isu lagi.

Jelas beliau, jika sisa itu tidak boleh ditukar, barulah ia menjadi isu yang perlu dibangkitkan.

“Semua sisa itu kini menjadi bahan binaan yang mempunyai nilai harga dan jadi tiada sisa yang disimpan di kilang itu.

“Bagi saya, pembangkang berpendapat warga Kuantan masih lagi boleh dimanipulasi dan semua tahu itu propaganda sahaja serta ada agenda politik peribadi.

“Saya janji jika dipilih Ahli Parlimen Kuantan pada PRU14, saya akan pastikan operasi kilang Lynas terus selamat dan dipantau oleh agensi kerajaan.

“Kalau jadi Ahli Parlimen, saya sendiri akan pantau sebab saya sendiri boleh masuk dalam kilang dan Fuziah tidak boleh. Itu saya janji,” katanya. – MalaysiaGazette