SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini berikutan kebimbangan Amerika Syarikat akan mengenakan sekatan semula ke atas utama Iran, walaupun bekalan minyak Amerika Syarikat melonjak.
Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$73.25 setong pada 0020 GMT, naik 0.2 peratus daripada harga penutup.
Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) bertambah 0.3 peratus pada AS$67.45 setong.
Iran muncul semula sebagai pengeksport minyak utama pada bulan Januari 2016 apabila sekatan antarabangsa terhadap Teheran ditarik semula.
Eksport minyak Iran mencecah 2.6 juta tong sehari pada April, agensi berita Kementerian Minyak SHANA melaporkan pada hari Selasa.
Ia merupakan satu rekod sejak penguatkuasaan sekatan terhadap negara itu, dengan China dan India membeli lebih daripada separuh minyak Iran.
Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat telah memperlihatkan keraguan terhadap keikhlasan Iran dalam melaksanakan pematuhan program nuklear dan Presiden Donald Trump telah mengancam untuk mengenakan semula sekatan.
Trump dijangka membuat keputusan berhubung sekatan itu pada 12 Mei ini. – MalaysiaGazette