KUALA LUMPUR – Fitnah berterusan Pakatan Harapan menuju pilihan raya bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan ditepis oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menerusi akaun Twitternya berkata, dakwaan kadar GST bakal dinaikkan sehingga sembilan peratus adalah tidak benar.
Justeru beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pembohongan besar pembangkang.
Perdana Menteri sebaliknya menegaskan GST, yang berkuat kuasa pada 1 April, 2015, kekal pada kadar enam peratus.
“Mereka sebenarnya janjikan pengembalian SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) 10 + 6%. Pada 9 Mei kalau undi Harapan, 10 Mei mereka laksanakan. Tanyalah mereka,” katanya. – MalaysiaGazette