Home Ekonomi IHH naikkan tawaran kepada Fortis

IHH naikkan tawaran kepada Fortis

IHH
IHH Healthcare

KUALA LUMPUR- IHH Healthcare Bhd. (IHH) menaikkan tawaran untuk memiliki pegangan dalam Fortis Healthcare Ltd. dan sekutunya sebanyak sembilan peratus kepada 175 rupees (RM10.31) sesaham berbanding cadangan asal iaitu 160 rupees (RM9.43) sesaham.

Dalam kenyataannya di Bursa Malaysia, IHH berkata, ia telah mengeluarkan surat tawaran baharu kepada ahli lembaga pengarah Fortis semalam.

Ini juga menunjukkan komitmen dan betapa seriusnya IHH untuk melabur ke dalam syarikat India itu.

Kesemua terma dan syarat yang dikemukan bersama cadangan terbaharu itu adalah sama dengan cadangan terdahulu yang telah diumumkan pada April lalu.- MalaysiaGazette