SUBANG – Walaupun Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PH) Parlimen Sungai Buloh malam ini menampilkan Menteri Besar Selangor namun ia gagal menarik perhatian penduduk setempat.
Ternyata siri kempen Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR gagal menarik perhatian walaupun sudah masuk hari keempat kempen PRU-14.
Tinjauan mendapati, penduduk dari Kota Damansara dan Paya Jaras tidak sampai 100 orang yang hadir pada siri ceramah tersebut.
Selain Mohamed Azmin turut sama hadir calon PH Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah, calon PH, Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan calon PH DUN Kota Damansara, Shatiri Mansor.
Apa yang pasti, nampak sangat setakat ini banyak siri ceramah PH bergantung kepada kehadiran Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menarik kehadiran ramai orang.- MalaysiaGazette