Home Dunia Pesawat tentera terhempas, lima terbunuh

Pesawat tentera terhempas, lima terbunuh

WASHINGTON – Pesawat kargo tentera udara Puerto Rico terhempas semasa misi latihan di Savannah, Georgia, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang.

Empat lagi individu dilaporkan hilang.

Tragedi itu menyebabkan serpihan pesawat berselerakan di landasan kereta api dan jalan-jalan raya.

Pesawat Hercules C-130J terhempas sekitar 11:30 pagi, (1530 GMT) sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Savannah/Hilton Head, kira-kira 175 kilometer tenggara Atlanta.

Rakaman televisyen menunjukkan pesawat empat enjin mengeluarkan asap hitam dengan sayap ekor tidak bergerak, .

Seorang saksi, Michael Garrett, memberitahu WSAV-TV pesawat itu terbalik sebelum ia terhempas.

“Pesawat itu benar-benar terbalik di belakangnya, perlahan-lahan, seperti dalam gerakan lambat,” kata Garrett.

Jurucakap Georgia Air berkata, lima orang berada dalam pesawat semasa kejadian itu berlaku.

Ia merupakan kemalangan kelima membabitkan pesawat tentera Amerika Syarikat sejak awal April lalu.

Jurucakap tentera udara berkata, nahas itu masih dalam siasatan.

Sementara itu polis memberitahu, kejadian itu tidak mengakibatkan kenderaan di atas jalan raya tetapi bekalan elektrik di kawasan kemalangan dipotong. – MalaysiaGazette