CHUPING – Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada negeri Perlis.
Penyerahan itu disampaikan kepada Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail oleh Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Mohd. Najib Abdullah.
Zakat perniagaan yang diserahkan itu akan disalurkan bagi tujuan pendidikan di Perlis, sekaligus membantu meningkatkan taraf pendidikan anak-anak dari keluarga asnaf miskin dan fakir. – MalaysiaGazette