PUTRAJAYA – Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz mendedahkan Allahyarham bapanya pernah memuji Tun Mahathir Mohamad ketika Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menjadi Perdana Menteri.
Hadir buat kali pertama kempen di Putrajaya, Nik Omar berkata, bapanya pernah memuji jasa-jasa Mahathir dalam membangunkan Malaysia.
“Antara Tun M dan Nik Aziz ada pergaduhan, tapi apa jawapan Nik Aziz, beliau akan jawab dengan mula puji Tun M sebagai seorang pemimpin yang ada kebijaksanaan, hebat dan dihormati oleh dunia.
“Antaranya boleh pandu kearah negara yang lebih baik,” katanya dalam ceramah Kebangkitan Rakyat di padang Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.
Lebih kurang 5,000 penyokong PH hadir bagi mendengar ceramah daripada pemimpin-pemimpin parti berkenaan.- MalaysiaGazette