Home Dunia Gunung berapi Kilauea meletus

Gunung berapi Kilauea meletus

HAWAII – Gunung berapi Kilauea di Big Island Hawaii telah meletus menyebabkan penduduk sekitar diarahkan meninggalkan kediaman masing-masing.

Letusan itu berlaku selepas beberapa siri gempa bumi di pulau itu termasuk gempa bumi dengan magnitud 5.0 kira-kira pukul 10.30 pagi, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Penduduk di komuniti estet Puna Leilani yang menempatkan kira-kira 1,700 orang, telah diperintahkan untuk berpindah selepas pegawai-pegawai kerja awam melaporkan pelepasan wap dan lava akibat letupan gunung berapi.

Penduduk Ikaika Marzo memberitahu, letusan itu menyaksikan limpahan lava setinggi 125 kaki.

Beberapa penduduk lain turut mengadu bau hangit dan mendengar pokok-pokok tumbang. – MalaysiaGazette