NEW DELHI – Polis India telah menahan 14 orang yang disyaki menculik, merogol dan membakar hidup-hidup sehingga seorang remaja perempuan.
Ia merupakan jenayah terbaru yang semakin meningkat terhadap wanita di India.
Majistret Daerah Jitendera Singh berkata, kumpulan itu menculik gadis itu dari Chatra, sebuah kampung di Jharkhand ketika mangsa menghadiri majlis perkahwinan pada hari Khamis.
Sesetengah daripada mereka didakwa merogol mangsa sebelum membiarkannya pulang.
Selepas ibu bapa mangsa melaporkan jenayah tersebut, pemimpin majlis kampung mengarahkan tertuduh melakukan 100 kali tekan tubu dan membayar denda 50,000 rupee
(A$990) sebagai hukuman.
Berang terhadap hukuman yang dikenakan, Singh berkata, suspek memukul anggota keluarga gadis itu kerana membuat aduan tersebut dan membakar hidup-hidup mangsa berumur 16 tahun itu.
Singh berkata, polis sedang mencari suspek utama dalam kes itu.
Kes rogol di India melonjak kepada 40,000 pada tahun 2016 atau 100 kes sehari dan dipercayai ramai yang tidak membuat laporan.
Rogol kanak-kanak mewakili 40 peratus daripada kes-kes yang dilaporkan. – MalaysiaGazette