MANCHESTER – Sir Alex Ferguson masih berada dalam keadaan serius selepas menjalani pembedahan darah beku di otak semalam.
Menurut kenyataaan Manchester United, pembedahan berjalan lancar tetapi bekas pengurus kelab berada dalam rawatan rapi.
Ferguson,76, bersara sebagai pengurus United pada tahun 2013.
Anak lelaki Ferguson yang mengurus Doncaster, kelab dalam Liga Satu terpaksa meninggalkan padang bagi perlawanan akhir musim ini berikutan ‘isu keluarga’.
“Pihak keluarga meminta ruang untuk situasi ini,” jelas kenyataan United.
Untuk rekod, menguruskan United, Ferguson telah mengumpul 38 trofi juara sepanjang 26 tahun di Old Trafford termasuk sebanyak 13 piala Juara Liga Perdana dan gelaran Liga Juara-Juara.
Berikutan dengan keadaan itu, Fergie menerima banyak ucapan sokongan termasuk bekas pemain United, Wayne Rooney, David Beckham, Romelu Lukaku serta Cristiano Ronaldo yang turut memberi ucapan sokongan kepada bekas jurulatihnya itu.
“Doa dan harapan bersama anda. Semoga kuat Bos!,” jelas Ronaldo di laman Twitternya.
Kapten United, Michael Carrick: “Terkejut dengan berita Sir Alex yang tidak sihat di hospital. Doa dan harapan bersamanya serta kelaurga. Semoga kuat bos.” – MalaysiaGazette