Home Nasional Rakaman petugas SPR ditahan video lama

Rakaman petugas SPR ditahan video lama

spr
spr

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video yang tular membabitkan seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kononnya ditahan oleh pihak tertentu disyaki membawa keluar kertas undi merupakan rakaman lama yang disebarkan semula.

SPR menerusi kenyataan hari ini ini berkata, video tersebut adalah sebuah rakaman yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurutnya, rakaman itu pernah disiar dan disebar menerusi laman sesawang Youtube dan Facebook antara 4 hingga 7 Mei 2013 dan kini ia ditularkan kembali bagi membangkitkan suasana gempar dalam kalangan rakyat.

Malah, kejadian itu katanya bukan berlaku pada hari pengundian awal yang diadakan semalam.

“SPR berharap orang ramai tidak terus mempercayai sebarang mesej atau visual yang tersebar di media sosial atau turut menyebarkannya secara perkongsian di laman media sosial.

“Sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai pilihan raya boleh merujuk kepada SPR dengan menghubungi talian hotline 03-889 27018,” kata kenyataan berkenaan. – MalaysiaGazette