Home Politik Debat tak perlu permit cukup maklum pada polis

Debat tak perlu permit cukup maklum pada polis

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

MUAR – Debat tangguh tapi jadi majlis dialog pula kepada calon Parlimen Pakatan Harapan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sini malam tadi.

Nampaknya Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengambil peluang dengan penangguhan majlis debatnya di Hotel Trade di sini dengan berkempen.

Sebelum itu, debat bersama calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Razali Ibrahim tidak mendapat permit polis.

Syed Saddiq ketika ditemui kecewa majlis debat dengan Razali dibatalkan malam tadi dan menyatakan program seperti itu tidak perlu ada permit cukup sekadar makluman sahaja.

“Saya hendak tegaskan sekali lagi, debat ini diadakan berlandaskan undang-undang sedia ada kerana dalam tempoh kempen pilihan raya permohonan permit tidak perlu diambil kira dan hanya perlu memaklumkan kepada pihak polis.

“Kita berdebat bukan menggunakan parang atau keris, kita berhujah berlandaskan fakta dalam sesi ilmiah yang sedia ada dan kita rakyat Malaysia harus membudayakan debat atau program ilmiah dialog seperti ini,” katanya.

Tiada permit, polis minta debat Syed Saddiq-Razali dibatalkan