KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri dengan mendakwa Datuk Seri Najib Razak akan tetap memberi rasuah walaupun RM1 kepada penjaga pintu syurga.
Bagaimanapun, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu cubaan merasuah itu akan ditolak dan Najib dihantar pula ke penjaga pintu neraka pula.
Sampai macam itu isi ceramah Mahathir sebagai kempen dalam ceramahnya di Malam Semarak Tsunami Rakyat di Keramat, Hulu Klang di sini malam tadi.
Walaupun bergurau namun ia dilihat melampau apabila menyentuh soal dunia akhirat.
Mahathir sebelum itu mengulangi isu ‘cash is king’ yang kononnya diamalkan Najib selama ini.
Perdana Menteri keempat itu juga tanpa segan silu memberi pelbagai gelaran kepada Najib seperti perompak, penyangak dan bukan pendekar yang mendapat sorakan hadirin.
Malah, beliau juga cuba mencuit emosi hadirin yang dianggarkan seramai 5,000 orang dengan mengatakan Najib kini hidup dalam ‘ketakutan’ sampai terpaksa mengoyakkan poster gambarnya.
Mahathir juga mendakwa, hasil kajian beliau, Najib telah melakukan 60 kesalahan sepanjang pemerintahannya namun calon Parlimen Langkawi pada PRU-14 itu tidak mendedahkan senarai kesalahan itu.
Selain pimpinan utama PH turut hadir ialah dua veteran UMNO yang baru dipecat, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz.- MalaysiaGazette