Home Nasional Manipulasi pembangkang ‘membeli’ penonton terbongkar

Manipulasi pembangkang ‘membeli’ penonton terbongkar

Khairul Azwan Harun

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat Pakatan Harapan (PH) yang disyaki memanipulasikan data dan pencapaian penonton media sosial menjelang PRU-14 ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun berkata, berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan pihaknya terhadap semua stesen media berkaitan pembangkang mendapati wujud kebarangkalian amat tinggi dan luar biasa apabila PH telah memanipulasi data-data siaran dan rangkaian dihubungkan dengan media sosial mereka.

Beliau mengesyaki pembangkang ‘membeli’ penonton dalam siaran langsung kebanyakan program dan ceramah mereka di laman sosial Facebook.

“Satu ceramah yang dilakukan (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir pada Sabtu lepas telah dipancarkan secara langsung kepada empat platform Facebook berbeza secara serentak.

“Apa yang meragukan ialah jumlah penonton keempat-empat platform tersebut mempunyai penonton yang serupa dengan jumlah tontonan yang sama.

“Lebih pelik trend penurunan dan kenaikan jumlah penonton secara langsung dalam keempat-empat platform rangkaian itu juga sama tetapi PH dakwa mencapai 42,000 penonton di Jerlun jika keempat-empat siaran itu digabungkan,” katanya dalam sidang media khas di Damansara Utama petang tadi.

Jumlah penonton langsung yang didakwa sama dalam empat platform sama secara serentak dan turun naik juga sama, oleh Khairul Azwan Harun.
Jumlah penonton langsung yang didakwa sama dalam empat platform sama secara serentak dan turun naik juga sama, oleh Khairul Azwan Harun.

Sehubungan itu, beliau mengesyaki wujud manipulasi data dan bimbang berkemungkinan wujud campur tangan kuasa asing dalam kegiatan itu dan mahu pihak berkuasa yang perlu menyiasat perkara itu.

“Ini bukan satu tuduhan semata-mata, memang kita tahu di negara-negara lain sewaktu pilihan raya memang berlaku akan transaksi pembelian penonton dalam media sosial untuk sesuatu program seumpama ini.

“Apatah dalam FB pun ada agensi yang membuat transaksi pembelian ini contohnya kos melibatkan RM600,000 untuk mendapatkan 200,000 penonton.

“Saya mendesak siasat sekiranya wujud manipulasi dan campur tangan asing, utuk pengaruhi pemikiran dan keputusan rakyat untuk mengundi kelak.

“Kita tahu beberapa negara maju yang melibatkan kuasa asing dalam negara tersebut mempengaruhi pemikiran dan keputusan rakyat oengundi menyebabkan keputusan PRU jadi sebaliknya.

“Saya nak tegaskan pengundi mesti buat keputusan berdasarkan apa yang mereka mahu dan mereka kehendaki menngikut cita rasa bukanya dipengaruhi taktik kotor mainan PH menggunakan secara terbuka,” katanya yang lebih dikenali dengan Azwanbro itu.

Malah beliau juga tidak menolak kemungkinan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga akan menggunakan taktik yang sama sehingga  mencapai 10 juta penonton FB bagi ceramah Tun Mahathir Mohamad di Langkawi esok.

Ia, katanya, bukan tuduhan tetapi boleh diragui dan mahu polis menyiasat sekiranya wujud campur tangan kuasa asing yang belum dipastikan benar atau tidak kerana tidak mahu pengundi dimanipulasi dengan penipuan dan mempengaruhi keputusan PRU secara jijik.- MalaysiaGazette