Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bekas veteran UMNO yang bertindak meninggalkan parti itu untuk bersama pembangkang agar tidak merasakan diri mereka hebat.
Jelasnya, kdua-dua mereka boleh disifatkan hebat kerana parti yang mengangkat mereka untuk menjadi pemimpin pada ketika itu.
“Jangan berlagak bila sudah jadi ADUN atau Ahli Parlimen, kita menang bukan kerana kita hebat termasuk bekas-bekas menteri yang kini menyanggah kita.
“Jangan fikir mereka hebat, mereka hebat kerana sokongan kita dan sebab BN maka mereka hebat dan menang,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Sepang di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institut Teknologi Penerbangan (UniKL MIAT).