Sembang santai yang dirancang antara ketiga-tiga calon Parlimen Muar di kediaman rasmi Pegawai Daerah Muar di sini hari ini bagi mengantikan debat bertukar kepada perbincangan tertutup sahaja.
Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Keselamatan Daerah Muar, Onn Jabbar berkata, tindakan itu dicapai selepas ketiga-tiga calon, Datuk Seri Razali Ibrahim (Barisan Nasional), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Pakatan Harapan) dan Abdul Aziz Talib (Pas) bersetuju atas sebab keselamatan.
“Selepas perbincangan diadakan pada pukul 12 tengahari tadi antara ketiga-tiga calon ini debat yang dirancang semalam dan hari ini tidak akan berlaku.