Home Nasional Kita ubah sahajalah, lantak biar dia rasa – KJ

Kita ubah sahajalah, lantak biar dia rasa – KJ

Lakonan mantap Vanida Imran dan Khairy Jamaluddin
Lakonan mantap Vanida Imran dan Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – ‘Kita ni macam mana bang?, kata ‘isteri’ Khairy Jamaluddin dengan nada ketidakpastian.

“Entahlah sayang, serabut nak fikirkan pasal benda ini?,” jawab KJ.

“Saya pun sama bang, buntu. Tapi kita kena buat keputusan,” kata isterinya.

Pantas KJ berkata ‘Kita ubah ajelah, lantak. biar dia rasa, biar dia tahu langit tinggi ke rendah. Kita tunjuk siapa yang berkuasa.

“Abang pasti?, dah fikir habis? Saya faham apa yang abang rasa, saya pun rasa benda yang sama. Tapi perkara ini tidak boleh main. Keputusan kita bukan hanya untuk hari ini atau esok lusa, tapi untuk masa depan,” kata isteri beliau.

Menarik bukan, namun itu hanyalah petikan drama terbaru dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang menampilkan calon Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang disiarkan dalam Facebook rasmi beliau hari ini.

Berbaki tidak sampai 24 jam, ia dilihat kempen Barisan Nasional (BN) untuk memenangi hati pengundi.

“Abang pasti ke keadaan akan lebih baik kalau kita ubah? Lima tahun bukan sekejap, macam-macam boleh berlaku. Saya tahu dia orang pun ada jugak silapnya. Tapi banyak juga yang dia orang dah buat untuk kita, untuk Malaysia,” pujuk isterinya.

Nampak gayanya pandai juga Menteri Belia dan Sukan ini berlakon.

Video berdurasi 5 minit 37 saat itu memaparkan dilema untuk memilih kerajaan pada PRU-14, sehinggakan beliau berkonfrantasi dengan diri sendiri sama ada mahu mengubah kerajaan atau mengekalkan kerajaan sedia ada.

KJ bergandingan dengan Vanida Imran selaku isteri kepada beliau.

Video itu kini ditonton lebih 56, 000 penonton Facebook. – MalaysiaGazette