Home Politik Mei bulan terbaik lakukan perubahan – Daim

Mei bulan terbaik lakukan perubahan – Daim

Daim Zainuddin
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. foto IQBAL BASRI, 18 SEPTEMBER 2017.

LANGKAWI – Tun Daim Zainuddin percaya Mei adalah bulan terbaik untuk mengubah pemerintahan kerajaan berdasarkan peristiwa tersebut di Filipina dan Korea Selatan.

Oleh itu, beliau mengajak rakyat untuk keluar mengundi agar Pilihan Raya Umum Ke-14 ini menyaksikan perubahan dalam kepimpinan kerajaan.

“9 Mei 2016 undi baru bagi presiden Filipina dan 2017 undi baru bagi presiden Korea Selatan pada 2017. Esok, Rabu rakyat diberi peluang buang UMNO, anda tidak mahu buang UMNO,” katanya ketika sidang akhbar di Langkawi hari ini.

Dalam sidang akhbar itu, Daim mendakwa Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah meminta projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menelan kos sebanyak RM55 bilion dan kos Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus.

“Jadi kenapa Najib terlalu baik untuk bina projek yang membebankan rakyat. Mengapa tidak mengenakan GST kepada orang asing?,” tambahnya. – MalaysiaGazette