KUALA LUMPUR – Reformasi sistem di Malaysia tidak perlu menaik dan menurunkan seseorang tetapi memerlukan pendekatan secara holistik.
Itu pesanan khas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena PRU-14 malam ini bagi menyakinkan pengundi memilih blok Gagasan Sejahtera.
Menurut Abdul Hadi, Gagasan Sejahtera menawarkan manifesto yang didakwa dapat menangani isu di negara ini melalui kerajaan tenokrat.
“Kerajaan teknokrat yang ditawarkan Gagasan Sejahtera merupakan solusi terbaik bagi Malaysia.
“Kami (Pas) yakin ia boleh dilakukan sekiranya rakyat memberi mandat kepada Pas memerintah Malaysia,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette