GOMBAK – Azwan Ali adalah individu yang terawal tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Klang Gate untuk mengundi.
Berjubah putih, Diva AA menjadi tumpuan media yang sememangnya menantikan kehadirannya.
Beliau kemudiannya bertembung dengan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang merupakan penyandang DUN itu yang hadir selepas Azwan selesai mengundi.
Kedua-dua mereka tidak bertegur sapa walaupun
Azmin kelihatan bersalaman dengan pengundi-pengundi yang berada di pusat pengundian itu.
Azwan berkata, dia tidak mahu bersalaman dengan abangnya kecuali situasi yang tidak dapat dielakkan.
“Ini urusan Allah. Kalau tidak berlaku, tidak berlaku. Sebab yang berdosa dia bukan saya. Jadi dia yang perlu datang pada saya. Saya tidak perlu pergi kepada dia tapi tengoklah,” katanya kepada media.
Azmin pula ketika ditanya soalan tersebut langsung tidak mahu mengulas sebaliknya memberitahu beliau hanya mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
“Tanggungjawab diutamakan saya undi dahulu,” katanya.
Diva AA yang juga calon Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa selepas itu mencuri perhatian pemberita sekali lagi selepas meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya salah melabelkan kotak undi DUN kepada Parlimen.
Katanya kesilapan pada hari terpenting ini tidak sepatutnya berlaku namun SPR bernasib baik kerana kesilapan itu disedari Azwan sebelum mengundi.
“Saya tengok kotak tu sudah tak sedap hati bermaksud ada benda yang tak betul saya tanya petugas mana satuk kota Parlimen mana satu DUN?
“Adakah ini satu sabotaj saya rasa mereka sengaja merosakkan imej kerajaan padankan muka takkan lah dua tong sahaja saya yang tegur lepas tu perbaiki di depan saya ini soal undi soal hidup atau mati,”tambahnya.-MalaysiaGazette