Home Nasional Warga emas meninggal dunia ketika mahu mengundi

Warga emas meninggal dunia ketika mahu mengundi

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas, Loh Voon Chor meninggal dunia ketika mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki berusia 78 tahun itu dikatakan tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang beratur untuk mengundi di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Taman Petaling.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya yang memeriksa mangsa di lokasi,” katanya ketika dihubunginya.

Menurutnya, mangsa tiba di pusat pengundi itu bersama keluarganya dari Petaling Jaya pada kira-kira jam 9.30 pagi.

“Keluarga mangsa turut memberitahu kematiannya mungkin berkaitan dengan penyakit yang dialami si mati seperti jantung, kencing manis dan masalah paru-paru,” katanya. – MalaysiaGazette