Home Nasional Ahmad Bashah simpati warga emas terpaksa naik tangga

Ahmad Bashah simpati warga emas terpaksa naik tangga

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan bertanding di DUN Suka Menanti manakala Datuk Nawawi Ahmad di Parlimen Langkawi.
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah bersimpati dengan pengundi warga emas yang terpaksa naik tangga kerana pusat pengundian berada di tingkat atas.

Ahmad Bashah mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memastikan proses mengundi berjalan lancar, cuma berharap keutamaan diberikan kepada warga emas memandangkan setengah daripada mereka sudah uzur.

“Saya ucap tahniah kepada SPR kerana menjaga proses pilihan raya berjalan lancar dan licin.

“Cuma ada orang-orang tua orang lama ini setengah itu terpaksa naik ke tingkat satu, jadi tak apa lah itu sudah disusun atur oleh SPR,” kata beliau semasa ditemui media selepas mengundi di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR).

Namun, Calon Barisan Nasional kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti itu berkata, SPR ada membantu warga emas dengan mengiringi mereka naik ke tingkat atas untuk mengundi.

“SPR kena bantu orang kurang upaya bawa naik ke tingkat satu,” katanya. – MalaysiaGazette