Home Sukan Mahu tonton aksi Ronaldo di final – Ferguson

Mahu tonton aksi Ronaldo di final – Ferguson

Sir Alex Ferguson (kanan) bersama anak didiknya, Cristiano Ronaldo.
Sir Alex Ferguson (kanan) bersama anak didiknya, Cristiano Ronaldo.

LONDON – Sir Alex Ferguson yang dilaporkan telah sedar kini sudah boleh berkomunikasi dengan keluarganya.

Menurut Mail Online, bekas pengurus Manchester United itu dikatakan sempat bergurau mahu menonton aksi anak didiknya, Cristiano Ronaldo pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Kiev pada 26 Mei ini.

Beliau juga tidak berhenti bercakap tentang bola sepak.

Sebelum ini, Ferguson, 76, bertarung nyawa selepas terpaksa menjalani pembedahan kecemasan akibat pendarahan otak pada Sabtu lalu.

Ambulans dikejarkan selepas dia rebah kediamannya di Cheadler berhampiran Manchester.

Namun semalam,  Ferguson sudah terjaga daripada koma dan mula bercakap dengan keluarganya. – MalaysiaGazette