KUALA LUMPUR – Empat pusat mengundi mengalami gangguan berpunca dari bekalan TNB, manakala selebihnya berpunca daripada masalah pendawaian dalaman pusat2 itu sendiri yang diuruskan oleh pihak berkuasa yang lain.
Bekalan telah dapat dipulihkan dalam tempoh lebih kurang sejam.
Pusat mengundi yang terlibat adalah SJK (Tamil) Raja Muda Musa, Pandamaran; Sekolah
Kebangsaan Pelabuhan Klang, Selangor (4:40 petang hingga 5:51 petang); SK Taman Bersatu, Alor Setar, Kedah (7:07 malam hingga 7:58 malam) dan pusat mengundi di SRA Bandar Melawati, Selangor (7:25 malam hingga 8.32 malam).
Terdapat sekitar 6,000 pusat mengundi di Semenanjung Malaysia.
Bekalan elektrik kepada semua Pusat Perjumlahan Rasmi Undi (PPRU) dalam keadaan baik dan tiada gangguan bekalan. TNB terus memantau bagi memastikan bekalan kekal stabil. – MalaysiaGazette