Home Politik Johari Abdul Ghani kalah

Johari Abdul Ghani kalah

Calon Barisan Nasional (BN) P.119 Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani beramah mesra bersama masyarakat orang Cina semasa sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI 03 MEI 2018

KUALA LUMPUR- Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tewas kepada Ketua Srikandi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Rina Harun dengan majoriti 4,020 undi.

Penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa itu memperolehi 16,701 undi berbanding 20,721 oleh Rina manakala calon Pas, Mohamad Noor Mohamad hanya meraih 5,578 undi.

Johari memenangi kerusi tersebut daripada Pas pada 2013 dengan majoriti 886 undi.

Parlimen Titiwangsa mempunyai 70 peratus pengundi Melayu, 20 peratus Cina dan 10 peratus India. – MalaysiaGazette