Home Nasional SPR umum 5 negeri sudah boleh umum kerajaan majoriti mudah

SPR umum 5 negeri sudah boleh umum kerajaan majoriti mudah

278, 590 pengundi awal akan mengundi awal esok
Mohd Hashim Abdullah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan keputusan rasmi yang telah diperoleh untuk lima negeri bagi membentuk kerajaan negeri.

Pengerusinya Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, kelima-lima negeri tersebut boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah yang diperoleh  menerusi PRU-14 yang diadakan 9 Mei lalu.

“Ini beberapa keputusan bagi pembentukan kerajaa di negeri Perlis dengan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Parti BN memperoleh jumlah kerusi sebanyak 10, Pas memenangi dua kerusi dan PKR tiga.

“Manakala sehingga jam 12.35 pagi tadi keputusan yang diperolehi untuk negeri Pahang ialah BN (22), Pas (8) dan PKR lima kerusi,” katanyab dalam sidang media keputusan rasmi untuk negeri di Ibu Pejabat SPR di sini malam ini.

Tambah Mohd. Hashim, untuk 45 DUN yang dipertandingkan ialah BN 7 dan Pas 8 bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Malah bagi Pulau Pinang, 40 kerusi DUN yag dipertandingkan dan BN memperolehi 2 kerusi, Pas 1 dan PKR 25 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

“Di Terengganu, 32 kerusi DUN dipertandingkan dan parti BN memperolehi 8 kerusi dan Pas 18 kerusi,” ujar beliau.

Dalam sidang media terdahulu setengah jam lalu, beliau menasihatkan rakyat yang menantikan keputusan rasmi secara umum di luar supaya bersabar.

Katanya, setiap keputusan akan diumumkan secepat mungkin selepas menerima keputusan dari negeri masing-masing.

“Sudah pasti ramai antara anda memikirkan seolah kita melewatkan keputusan.

“Percayalah, saya tidak boleh mengumumkan keputusan tanpa memperolehi secara rasmi kesemuanya.

“Saya tahu siapa sahaja menang tentu tunggu nak angkat sumpah untuk membentuk kerajaan. Kami tidak ada sebarang muslihat untuk melewatkan keputusan ini,” katanya lagi. – Malaysia Gazette