Home Nasional Mahathir mengadap Yang Dipertuan Agong

Mahathir mengadap Yang Dipertuan Agong

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Istana Negara.
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengadap Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi mendapat perkenan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Beliau yang tiba pada jam 4.37 petang disambut sorakan lebih 100 penyokong PH yang menunggu sejak pagi tadi.

Pada kebiasaan majlis angkat sumpah sepatutnya untuk jawatan tertinggi dalam kerajaan diadakan pada pukul 8 pagi namun, tidak diketahui sebab urusan itu ditangguh.

Sebahagian penyokong Pakatan Harapan mengibarkan bendera bagi memberi sokongan terhadap Tun Mahathir Mohamad semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di perkarangan Pintu 3 Istana Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 MEI 2018

Dr Mahathir dijadualkan mengangkat sumpah pada pukul 9.30 malam ini.

Antara pemimpin PH yang dilihat mengiringi Dr Mahathir iaitu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAN, Mohamad Sabu dan beberapa lagi pemimpin tertinggi PH.

Sehingga kini Dr Mahathir dan rombongannya masih berada di dalam istana – MalaysiaGazette