Home Seni Hidup Saya dan Uqasha sudah berpisah, kata Hefny

Saya dan Uqasha sudah berpisah, kata Hefny

Swafoto bersama-sama.
Swafoto bersama-sama.

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui kontroversi pelakon wanita Uqasha Senrose baru-baru ini yang ditahan polis dan disiasat berhubung kes memiliki dadah sintetik.

Bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

Bagi pelakon dan pengacara, Hefny Sahad yang sebelum ini diketahui bercinta dengan Uqasha enggan mengulas lanjut kerana tida tahu menahu mengenainya.

Malah beliau memberitahu mereka telah berpisah sebelum kejadian itu lagi.

“Saya dan Uqasha sudah bawa haluan masing-masing sejak awal tahun ini. Jadi, saya tidak tahu menahu mengenai kes membabitkan dirinya,” katanya.

Justeru, kata Hefny dia tidak mahu mencampuri urusan Uqasha walaupun terkejut dengan berita itu.

“Saya dapat tahu perkara ini semalam selepas dihujani pertanyaan menerusi WhatsApp, komen dan direct message (DM) di laman Instagram.

“Sejujurnya, saya pun terkejut. Memandangkan kami sudah tidak berkomunikasi sejak putus tempoh hari, jadi memang tidak ambil tahu langsung.

“Mengenai apa terjadi terhadap dirinya, saya tidak mahu komen apa-apa. Sebab saya memang tidak tahu menahu. Cuma, apa boleh dikatakan, bagi yang tidak tahu menahu lebih baik diam,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

Artis wanita jelita ditahan miliki dadah