Home Seni Hidup Mamat Khalid mahu buat filem PRU14?

Mamat Khalid mahu buat filem PRU14?

Mamat Khalid tunjuk jari tanda sudah mengundi.
Mamat Khalid

KUALA LUMPUR – Pengarah filem terkenal Mamat Khalid  berhasrat untuk filem komedi berkenaan PRU-14.

Katanya, idea itu tercetus setelah melihat senario politik dalam negara baru-baru ini menarik perhatiannya.

“Dengan masyarakat sekarang ini yang lebih maju dan lebih faham abang akan buat juga cerita undi ini yang abang rasa banyak insiden yang lucu mencerminkan bagaimana kita rakyat begitu ghairah memilih tampuk kepimpinan baru,” katanya.

Namun Mamat juga melahirkan rasa bimbang jika filem itu kelak mengakibatkannya ditangkap.

“Abang memang ada satu cerita khas untuk undi ini tetapi apabila abang semak skrip abang takut abang kena tangkap nanti tetapi ia cerita komedi,” ujarnya lagi.

Terdahulu Mamat yang juga salah seorang daripada rakyat Malaysia yang mengundi pada 9 Mei lalu gembira melihat perubahan rakyat untuk menunaikan tanggungjawab semakin meningkat. -MalaysiaGazette