KULAI – Pakatan Harapan Johor (PH) mengesahkan telah mempersembahkan senarai nama calon menteri besar kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bagi mendapatkan perkenan baginda.
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama berkenaan.
“Namanya akan diketahui tidak lama lagi dan apa yang penting ia hasil konsensus yang kita capai.
“Kita ambil kita pengalaman dalam pentadbiran, pengalaman politik, latar belakang dari segi kelulusan dan kelayakan akademik serta berbagai lagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Muhyiddin pada masa sama turut mengesahkan nama beliau tiada dalam senarai tersebut dan menjelaskan ingin memberi peluang kepada muka baharu untuk mentadbir kerajaan negeri selain menganggap masa beliau telah ‘berlalu’.-BERNAMA