Home Politik Anggap kekalahan satu ujian dalam perjuangan UMNO

Anggap kekalahan satu ujian dalam perjuangan UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien serta ahli-ahli UMNO hadir menunaikan Solat Magrib, Solat Sunat Hajat, Bacaan Yassin dan Solat Isyak sempena Ulang Tahun ke 72 UMNO di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 11 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli UMNO perlu tabah dan redha dalam menerima kekalahan pada PRU-14 lalu.

Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki berkata, segala yang berlaku tidak perlu ditangisi sebaliknya, perlu menganggap ia sebagai satu ujian dalam perjuangan.

“Apa yang berlaku perlu kita ambil iktibar dan mungkin ada hikmah kepada kita sebagai pejuang-pejuang.

“Mungkin apa yang berlaku ini perlukan kita untuk bermuhasabah dan tidak perlu lemah dalam meneruskan perjuangan untuk masa-masa yang akan datang,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah ringkas pada Majlis Bacaan surah Yasin Dan tahlil sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, dalam apa jua perjuangan perlukan pengorbanan dan kekalahan tidak bermakna gagal selama-lamanya.

Katanya, istiqamah dalam meneruskan perjuangan adalah perlu dan mereka yang berundur atau mengkhianati perjuangan adalah orang yang tewas. – MalaysiaGazette