SURABAYA – Sekeluarga yang menunggang motosikal terlibat dalam serangan pengebom berani mati di ibu pejabat polis di Surabaya semalam.
Bagaimanapun, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun terselamat dalam serangan terbaru itu, kata polis.
Kejadian itu berlaku selepas serangan bom oleh keluarga lain di tiga gereja semalam yang didakwa didalangi kumpulan IS.
Rakaman video itu menunjukkan dua motosikal mendekati pintu pemeriksaan sebelum letupan berlaku.
Serangan terbaru itu menyebabkan enam orang awam dan empat anggota polis cedera.
Kini Indonesia dalam amaran tertinggi selepas kejadian serangan semalam.
Dalam kejadian itu, seorang ibu dan dua anak perempuannya, masing-masing berusia sembilan dan 12 tahun, meletupkan diri mereka di Gereja Kristian Diponegoro.
Serangan pertama, dua lelakinya berusia 16 dan 18 tahun menunggang motosikal di Gereja Katolik Santa Maria dan meletupkan bahan letupan yang dibawa mereka.
Selepas menurunkan isteri dan anak perempuannya untuk melakukan serangan, suspek lelaki, Dita Oepriarto melakukan pengebom di Pusat Gereja Pentecostal Surabaya, kata polis.
Serangan itu telah mengorbankan seramai 13 orang dan mencederakan lebih daripada 40 orang.
Kejadian itu merupakan serangan maut terbanyak dalam sejarah Indonesia lebih daripada sedekad. – MalaysiaGazette