
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja bagi kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual pagi esok telah telah ditunda ke Rabu, kata Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil.
Beliau yang sebelum itu telah merancang untuk menyambut pembebasan Anwar di Hopsital Rehabilitasi Cheras pada jam 10.30 pagi esok berkata, PKR telah menerima maklumat terkini daripada Jabatan Perdana Menteri mengenai proses pengampunan Ketua Umum PKR itu.
“Keadilan telah menerima makluman terkini daripada Jabatan Perdana Menteri bahawa Lembaga Pengampunan akan mengadakan mesyuarat pada Rabu, 16 Mei ini.
“Oleh itu, sebarang program berkaitan pembebasan Anwar Ibrahim ditunda sehingga maklumat lanjut dibuat,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.
Lembaga Pengampunan Diraja sepatutnya bermesyuarat jam 11 pagi esok dan Fahmi telah meminta semua penyokong Anwar hadir ke Hospital Rehabilitasi Cheras pada jam 10.30 pagi bagi menyambut pembebasannya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga memberitahu media bahawa Lembaga akan bermesyuarat esok pada jam 5 petang. Bagaimanapun perkembangan terbaharu. – MalaysiaGazette