Home Ekonomi Harga minyak dunia terus kukuh

Harga minyak dunia terus kukuh

SINGAPURA – Harga minyak dunia terus mengukuh berikutan pengurangan bekalan minyak oleh OPEC dan sekatan ke atas Tehran oleh Amerika Syarikat akan mengetatkan pasaran yang mendapat permintaan kukuh.

Niaga hadapan Brent, yang menjadi penanda aras harga minyak didagangkan AS$78.37 setong, naik AS$0.14 berbanding harga penutup. Harga itu tidak jaug dari 3 1/2 tahun tinggi sebanyak AS$78.53 setong dalam sesi sebelumnya.

Manakala West Texas Intermediate (WTI) pula diniagakan AS$71.09 setong, menghampir paras tertinggi AS$71.89 setong yang direkodkan pada minggu lalu.

Pasaran cukup ketat selepas OPEC mengawal pengeluaran sejak 2017 dalam usaha meningkatkan harga minyak.

Dengan sekatan semula Amerika Syarikat ke atas ahli OPEC – Iran, para penganalisis berkata, permintaan kukuh akan terus menyokong harga bahan bakar itu. – MalaysiaGazette