PUTRAJAYA – Susulan pertikaian jawatan menteri kanan Kabinet Pakatan Harapan, hari ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama tiga pemimpin tertinggi parti itu hadir ke Yayasan Kepimpinan Perdana.
Guan Eng menemui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipercayai bagi membincangkan kedudukan pelantikannya sebelum ini.
Kehadiran Guan Eng bersama tiga pemimpin DAP iaitu Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook; Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Mereka memasuki Yayasan Kepimpinan Perdana di sini seawal 7 pagi tadi.
Bagaimanapun Guan Eng dan tiga pemimpin DAP berkenaan kelihatan meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana kira-kira jam 10 pagi tadi.
Selain itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad juga kelihatan meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana kira-kira jam 12.05 tengahari tadi. – MalaysiaGazette.