LONDON – Kelab Everton dijangka mengumumkan pemecatan pengurusnya, Sam Allardyce dalam dalam tempoh 48 jam ini.
Mirror.Uk melaporkan, calon baharu pengurus mungkin menjadi milik bekas pengurus Hull dan Watford Marco Silva.
Allardyce berdepan ketidakketentuan karier sejak beberapa minggu selepas pemilik Blues, Farhad Moshiri dikatakan akan menamatkan khidmat pengurus yang diambilnya pada bulan November lalu.
Difahamkan, Allardyce akan dipanggil untuk mengadakan pertemuan dalam tempoh dua hari ini memaklumkan tentang kontraknya yang berbaki setahu, akan ditamatkan.
“Saya telah melakukan apa yang saya boleh, semua anggota pasukan telah melakukan semua yang mereka boleh dan bagi saya pemain telah melakukan semua yang mereka boleh lakukan.” – MalaysiaGazette