KUALA LUMPUR – Siapa tidak kenal dengan pelakon berbakat Nabula Huda anak kepada penyanyi utama Search, Amy.
Penampilannya yang bersahaja sering kali mendapat perhatian.
Tidak menjaga makan, tidak melakukan senaman, tidak menjaga kecantikan melalui pengambilan produk kecantikan dan tidak suka berdandan kecuali tuntutan kerja dan penggambaran.
Itulah diri sebenar Nabila.
“Semua manusia cantik, cuma perlu yakin kepada diri dan jangan pernah mencuba menjadi orang lain. Saya tak pernah panjangkan dagu menerusi suntikan atau pembedahan. Saya tidak kisah jika mempunyai dagu berlapis,” katanya menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
Nabila yang pernah memegang pernah memegang watak Aurora dalam drama 100 episod Dendam Aurora baru-baru ini juga mengaku dirinya sedikit berisi namun sama sekali tidak terkesan dengan perubahan badannya itu.
Beliau turut menyeru wanita untuk menjadi diri sendiri seadanya tanpa perlu mengubah tubuh badan mereka.
“Saya juga tidak kisah jika gempal, malah kadang-kadang perut saya buncit seperti sedang mengandung. Saya tidak peduli mempunyai kantung mata dan kedutan mula kelihatan. Jadi, semua wanita di luar sana, jangan takut dengan diri. Jadilah diri sendiri,ā€¯tambahnya.-MalaysiaGazette