Home Sukan Bekas pemain Aston Villa maut dalam kemalangan

Bekas pemain Aston Villa maut dalam kemalangan

Jllyord Samuel. Foto DailyStar
Jllyord Samuel. Foto DailyStar

LONDON – Bekas pemain pertahanan Aston Villa dan Bolton, Jlloyd Samuel maut selepas terbabit dalam kemalangan kereta.

Persatuan Bola Sepak Trinidad dan Tobago mengumumkan berita sedih itu di laman Facebook mereka.

Kenyataan itu menjelaskan kenderaan dinaiki pemain Samel bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain.

Semasa kejadian berlaku, Samuel dilaporkan baharu sahaja menghantar anaknya ke sekolah.

Pemain berusia 37 tahun itu menamatkan kariernya di England dan pernah memperkuat Aston Villa selama sembilan tahun sebelum menyertai Bolton.

Selepas karier singkat bersama Cardiff pada 2011, Samuel berpindah ke kelab Iran, Esteghlal selama tiga tahun.

Meskipun dilahirkan di London, Samuel mewakili Trinidad dan Tobaga di peringkat antarabangsa. – MalaysiaGazette