Home Politik Langkah DAP guna Tun M gagal pengaruhi Melayu

Langkah DAP guna Tun M gagal pengaruhi Melayu

Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Jalinan hubungan politik antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan DAP yang kononnya dapat memulihkan persepsi anti-Melayu dilihat gagal, malah sebaliknya ia menjadi titik pertemuan dalam kalangan orang Melayu untuk menentang parti pembangkang itu.

Reaksi Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan Presiden DAP, Lim Kit Siang, sewaktu mendengar ucapan dasar presiden pada Konvensyen Parti Amanah Negara 2016 di SACC Mall, Shah Alam. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 10 DISEMBER 2016.
Reaksi Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan Presiden DAP, Lim Kit Siang, sewaktu mendengar ucapan dasar presiden pada Konvensyen Parti Amanah Negara 2016 di SACC Mall, Shah Alam. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 10 DISEMBER 2016.

Taktik tersebut gagal memandangkan orang Melayu sudah dapat menilai sejauh mana kebenaran semasa Dr Mahathir mentadbir Malaysia dahulu dengan terbongkarnya beberapa skandal kewangan yang dikaitkan ketika era beliau memegang tampuk kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parlimen Tapah, Safri Mohd Salleh menyifatkan taktik DAP itu gagal mempengaruhi orang Melayu dan ia hanya membuka mata orang Melayu dalam menilai kesilapan dilakukan Dr Mahathir.

“Saya lihat andai kata itu taktik DAP gunakan, ia kura.ng berjaya. Sebaliknya, ia membuka mata rakyat khususnya orang Melayu tentang apa yang berlaku semasa era pentadbiran Dr Mahathir.

“Orang Melayu dapat menilai sejauh mana kebenaran masa dahulu Dr Mahathir memerintah negara. Apa yang berlaku sekarang ialah orang ramai mula menyerang Dr Mahathir balik,” kata Safri kepada MalaysiaGazette.

Sebagai contoh, Safri berkata, skandal kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an semasa era Dr Mahathir mendedahkan banyak wang yang hilang tidak dapat dikesan.

Skandal tersebut kini dibangkitkan semula, malah kerajaan juga sudah mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk meneliti dan menyiasat berhubung kehilangan wang negara itu.

Selain itu, protes dalam kalangan pemimpin dalam DAP juga semakin lantang apabila hubungan dengan Dr Mahathir dijalin, sebagai contoh Safri mengatakan tindakan empat wakil rakyat DAP di Melaka keluar parti antara bibit protes awal dalam parti itu.

“Dalam kalangan pemimpin DAP ada yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini dan mereka protes, di Melaka adalah contoh terbaik kepada perpecahan yang sedang berlaku dalam parti itu,” katanya.

Bagaimanapun, Safri melihat dari satu sudut lain keadaan politik semasa yang dihadapi ketika ini memberi kelebihan kepada orang Melayu untuk lebih bersatu, khususnya antara Pas dan UMNO sendiri.

“Saya lihat apabila berlaku keadaan politik semasa ini, ia mula memperlihatkan kebersamaan dikalangan orang Melayu wujud.

“Kita perlu gunakan kelebihan ini untuk menyatukan orang Melayu khususnya,” ujar Safri. – MalaysiaGazette