Home Nasional Tun M diminta selesai masalah di SJKC

Tun M diminta selesai masalah di SJKC

Penasihat Persatuan Jaringan Ibu Bapa Pencinta Pendidikan Bahasa Zhong Hua, Edward Neoh Chuan Tat (tengah) bersama ahli jawatankuasa bergambar sambil memegang bena sebelum menyerahkan memorandum kepada wakil pejabat perdana menteri, Hj Shaarani Abdul Rahman untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 18 MEI 2018
Penasihat Persatuan Jaringan Ibu Bapa Pencinta Pendidikan Bahasa Zhong Hua, Edward Neoh Chuan Tat (tengah) bersama ahli jawatankuasa bergambar sambil memegang bena sebelum menyerahkan memorandum kepada wakil pejabat perdana menteri, Hj Shaarani Abdul Rahman untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 18 MEI 2018

PUTRAJAYA – Persatuan Jaringan Ibubapa Pencinta Pendidikan Bahasa Zhong Hua (Jia Zong) meminta kerajaan memberi perhatian serius ke atas penyelewengan dana dan salah laku di beberapa buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini.

Penasihat Jia Zong, Edward Neoh Chuan Tat berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga bakal Menteri Pelajaran diharap dapat membawa perubahan terhadap sistem pendidikan di SJKC walaupun beratus laporan dibuat kepada kementerian itu sejak tahun 2009.

Edward menyifatkan sistem di SJKC ketika ini seolah-olah tiada undang-undang apabila pihak sekolah bebas melakukan apa sahaja termasuk penyaluran dana yang tidak telus.

“Pengurusan SJKC tidak meminta yuran-yuran tambahan untuk kelas-kelas tertentu yang diadakan pada waktu persekolahan.

“Ibu bapa juga terpaksa membayar yuran sehingga RM200 sebulan untuk anak-anak mereka walaupun SJKC adalah sekolah kerajaan. Bagaimana sekolah kerajaan terus bebas mengenakan yuran tanpa henti seperti tiada undang-undang.

“Persatuan melihat di SJKC seolah-olah tiada undang-undang malah yakin budaya rasuah dan salah guna kuasa dilihat semakin serius kini kerana dana yang dikumpul sangat besar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media bersama kira-kira 30 orang ahli persatuan yang telah berhimpun di hadapan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Jia Zong seterusnya menyerahkan maklumat berhubung dakwaan mereka itu kepada wakil Perdana Menteri, Shaarani Abdul Rahman.

Penasihat Persatuan Jaringan Ibu Bapa Pencinta Pendidikan Bahasa Zhong Hua, Edward Neoh Chuan Tat (empat kiri) menyerahkan memorandum kepada wakil pejabat perdana menteri, Shaarani Abdul Rahman (dua kiri) untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 18 MEI 2018Shaarani Abdul Rahman

Edward memberitahu, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini bagi membuktikan Jia Zong serius membendung budaya tidak sihat yang berlaku di SJKC sejak sekian lama. – MalaysiaGazette

+ posts