KUALA LUMPUR – Naib Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran mahu bertanding jawatan nombor satu parti itu dan berikrar ‘menghapuskan’ politik kasta.
Vigneswaran yang juga Yang Di-Pertuan Dewan Negara menolak politik kasta yang selama ini menjadi antara punca mengapa terdapat banyak perbalahan serta rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti.
“Semua orang bercakap tentang perubahan selepas kekalahan teruk pada PRU-14, tidak ada sesiapa yang sangka akan kalah sebegini teruk, bukan sahaja MIC tetapi keseluruhan Barisan Nasional (BN).
“Saya ingin perubahan dan transformasi itu di bermula dari peringkat akar umbi lagi dalam MIC, jika kita benar-benar serius, semuanya perlu bermula dari bawah. Kebajikan itu bermula dari rumah kita sendiri. Kita bercakap banyak tentang perubahan di luar sana, dalam parti sendiri tidak banyak bercakap.
“Saya umum tanding jawatan nombor satu parti kerana saya ikhlas bercakap mengembalikan kegemilangan MIC. Saya juga telah diberitahu oleh Datuk Dr Subramaniam beliau tidak lagi ‘berminat’ untuk bertanding bagi jawatan presiden lagi,” katanya yang juga dikenali sebagai Vicky dalam sidang media hari ini.
Tambah Vigneswaan, sudah tiba masa untuk MIC tampil lebih agresif sebagai pembangkang bagi memastikan parti ini terus kekal relevan.
“Kami perlu memastikan kelangsungan parti dalam tempoh lima tahun akan datang kerana kita tidak pernah berada di pihak pembangkang sebelum ini.
“Jangan kita lupa, MIC sudah bertapak lebih 72 tahun. Kita relevan ketika itu lagi bukan sahaja lantang malah sebenarnya aktif memperjuangkan serta membela nasib masyarakat India.
“Kelantangan itu perlu kembali, saya akan bersama-sama mengemudi parti ini seandaiya diberikan peluang tersebut. Masih awal lagi untuk bercakap tentang semua itu,” ujarnya.
Rabu lepas, Presiden MIC Subramaniam mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang dijadual penghujung September depan.
Keputusan tersebut adalah susulan kekalahan teruk parti komponen BN menyaksikan parti kaum India itu hanya memenangi dua daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya.- MalaysiaGazette
Tan Sri vicnesh is the right person to be the number one in mic and he can transform mic to a new era.