Tidak ada jalan lain buat UMNO selain kena mengukuhkan rumah tangga dalam parti kerana kini sudah menjadi pembangkang, kata Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Lantaran itu, beliau menyuarakan sokongan kepada pucuk pimpinan yang dilantik untuk memangku pentadbiran tertinggi parti susulan pengunduran Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO baru-baru ini.
“Saya, UMNO negeri, kita menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai timbalan dan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Presiden.