Home Politik PH mahu BN Selangor latih diri jadi pembangkang terbaik

PH mahu BN Selangor latih diri jadi pembangkang terbaik

Shaharuddin Badaruddin
Shaharuddin Badaruddin

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor diminta supaya melatih diri agar dapat menjadi pembangkang terbaik dan memperjuangkan hak rakyat secara berkesan.

Hal ini disarankan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, yang melihat BN sebelum ini gagal menjadi pembangkang yang baik.

Katanya, dengan kedudukan BN mempunyai empat ADUN dan satu dari Pas, diharapkan dapat bertindak sebagai pembangkang yang lantang memperjuangkan hak rakyat di negeri itu.

“Sejak PRU 12 tahun 2008 sehingga sebelum tamat tempoh PRU 13 Mei lalu, pembangkang (BN) di Selangor dilihat sia-sia dan tidak dimanfaatkan sebaiknya peluang yang ada.

“Seharusnya, inilah masa terbaik mereka untuk melatih diri selepas sekian lama menjadi pembangkang, tapi saya lihat mereka gagal menjadi pembangkang seperti Pakatan Harapan (PH) lakukan sebelum PRU14,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika PH menjadi pembangkang sebelum PRU14, ADUN mereka memainkan peranan yang sewajarnya menegur, memberi pendapat dan mengkritik kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, BN di Selangor gagal mendidik diri mereka sebagai pembangkang sebagaimana dilakukan ADUN PH sebelum ini.

Pada PRU14, BN hanya menang empat kerusi berbanding 12 kerusi yang dimenangi pada PRU13 lalu, manakala Pas pula hanya dapat mempertahankan satu daripada 15 kerusi yang dimenanginya sebelum ini. – MalaysiaGazette